Berbelanjalah Ikut Kemampuan, Ini Tips Bagi Graduan Yang Baru Mula Bekerja

Trending

Berbelanjalah Ikut Kemampuan, Ini Tips Bagi Graduan Yang Baru Mula Bekerja

Perkara yang paling best bila tamat je belajar di peringkat tertinggi adalah dapat tawaran kerja. Masa tu dah mula fikir nak beli kereta apa dan sebagainya.

Advertisement

Namun perlu diingat, anak muda ketika ini seringkali terbabas dalam pengurusan kewangan gara-gara terjebak dengan sesuatu perkara yang tidak berapa penting. Amatlah rugi disitu.

Oleh dengan itu, admin kongsikan pada korang terutama generasi muda yang baru je mula bekerja perkongsian dari saudari Syafieqah A’lya mengenai bagaimana untuk mengawal perbelanjaan di awal kerjaya.

Nota Graduan yang Baru Nak Mula

Baru-Baru ini berbangkit kembali soalan Di pm, bagaimana mahu mempunyai satu simpanan yang Besar ? Saya mahu kongsikan tips kepada mereka yang Baru mula bekerja.

1. Keterujaan bekerja Di tempat baru menyebabkan ramai anak muda mula mencari pamphlet kereta idaman. Please tangguhkan dahulu.

2. Keterujaan semakin bertambah apabila ramai pula yang datang approach untuk apply personal loan dan kredit kad sebagai ‘kegunaan’. Please Jangan tergoda Kalau ia bukan keperluan.

3. Waktu ini kawan-kawan mula Bakar line, Kita nampak lebih bergaya apabila memiliki Kereta mahal + personal loan (sebagai jalan singkat beli pakaian yang mahal, camera DSLR, travel obersea dll) + swipe kredit kad Di depan kawan-kawan. Jangan Lupa ini semua hanya sementara tetapi beban hutang terletak Di bahu kita.

Maka Cara yang terbaik adalah :

1. Waktu mula bekerja beli kereta sederhana/ second hand sebagai keperluan ke tempat kerja. Anda akan mula rasa bebanan apabila perlu keluarkan duit Untuk Minyak + toll + service + road tax . Nampak bergaya bila ada kereta tetapi Jangan lupa Ada banyak belanja perlu di ambil Kira

2. Jangan mula ambil personal loan sebagai kegunaan ‘reward diri’ katanya. Tetapi adalah perangkap kewangan sendiri apabila perlu tanggung beban hutang bertahun-tahun.

3. Jangan mula apply kredit kad Jika anda seorang yang goyah iman apabila ternampak barangan idaman dahulu kala kini muncul di depan mata . Tangan mula menggigil bila tak dapat memilikinya . Lihat dahulu simpanan yang ada jika bukan keperluan sekarang, tangguh kan dahulu

4. Orang kata bila kita penat bekerja, Kita perlu reward diri dengan berbelanja tetapi mestilah kena pada tempatnya. Bukan senantiasa reward diri tetapi terhadkan seperti pergi travel dengan kawan-kawan dari 4 Kali setahun kini jadi 2 Kali setahun .

5. Tidak terpedaya dengan skim cepat Kaya kerana golongan ini adalah target utama mereka. Jika tidak kena dengan gaya anda akan merana. Dapatkan advise mereka yang berpengalaman dan Jangan terburu-buru serta tamak buat keputusan apabila mereka tunjuk anda akan jadi kaya dalam tempoh yang singkat .

Masih ramai lagi anak Muda yang tidak tahu dan ulang silap orang tua kita terdahulu. Jadi ambil nota ini sebagai ingatan demi masa depan. Cara uruskan kewangan begini dan tidak cipta hutang jahat yang banyak di awal pekerjaan akan beri kesenangan dengan memiliki Rumah + Kereta + berkahwin dengan bergaya.

Sebarkan agar anak Muda tidak lakukan kesilapan yang sama berkali-kali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...