Berbekalkan Kemahiran Seni Kaligrafi Islam, Lelaki Ini Dikenali Hingga Ke Dikalangan Diraja

Trending

Berbekalkan Kemahiran Seni Kaligrafi Islam, Lelaki Ini Dikenali Hingga Ke Dikalangan Diraja

Seni kaligrafi sememangnya suatu seni yang cukup halus dan kebiasaannya dihasilkan oleh golongan berumur dan yang sudah lanjut usia.

Advertisement

Apatah lagi ketika ini sukar untuk kita lihat golongan muda berkecimpung dalam bidang ini mewarisi seni yang sangat bernilai. Mungkin ekoran peredaran arus zaman yang semakin maju menghakis minat anak remaja terhadap seni Islam sedikit demi sedikit?

Namun, dengan bakat yang dimiliki oleh seorang anak muda yang berasal utara Malaysia, boleh dikatakan beliau adalah penyambung tradisi seni kalifgrafi.

Anak muda yang berbakat besar ini diberi nama Hafizan Halim, 25, berasal di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau sebelum ini mendapat pengajian sekolah menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Mula aktif dalam bidang seni ini sejak dari bangku sekolah lagi. Darah seni yang mengalir dalam tubuh dan darahnya itu membuatkan beliau meneruskan minat dan tekun untuk meneruskan legasi istimewa ini.

Hasil karya beliau kebanyakannya berdasarkan gaya kaligrafi Melayu-Islam yang menampilkan ayat-ayat Al-Quran. Seni halus daripada tangannya ini mempunyai gaya dan cara tersendiri hingga membuatkan sesiapa saja yang melihat pasti akan jatuh hati.

Dek bakatnya yang mengagumkan, banyak karya-karya yang luar biasa beliau mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuklah dikalangan kerabat diraja.

Baru-baru ini, beliau dijemput datang menghadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, dan diberi peluang mempamerkan karya-karya ciptaannya kepada Tuanku Permaisuri.

Turut serta berada di Istana Serene melihat pameran yang dipersembahkan Hafizan, adalah Tunku Temenggung Johor dan Tunku Panglima Johor. Mereka melihat sendiri hasil tangan Hafizan dan sangat mengagumi bakat yang ada pada beliau.

Ini bukanlah kali pertama anak muda ini berada dikalangan raja dan sebab itu beliau tidak kekok memberi penjelasan kepada YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ini Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, berkenaan karya-karya beliau yang dipamerkan.

DYMM Raja Zarith juga dilihat berkenan meneliti dengan lebih dekat peralatan yang Hafizan gunakan dalam menghasilan warna emas tradisional dan teknik mewarna dengan berus.

Beliau turut pernah dikunjungi oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya dan anakanda, Raja Sarina di teratak seninya di Kampung Masjid Lama, Mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah.

Bekas graduan dari Universiti Teknologi MARA kampus Seri Iskandar ini juga kerap dijemput dan menyertai pelbagai pameran lukisan di serata negara. Antaranya pameran di Istana Negara yang turut dihadiri Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ketika itu, DYMM Tuanku Abdul Halim dan Permaisuri Agung.

Beliau juga ada mengendalikan beberapa kelas dan kursus untuk peminat seni ini untuk bakat-bakat yang ada agar tak dipersiakan begitu sahaja.

Menariknya, beliau juga kerap ke luar negara, seperti ke Turki, Algeria dan juga Qatar untuk mendalami lagi seni ini sambil mencari inspirasi.

Bagi menghasilkan sesebuah karya, ia bukan sekadar memerlukan bakat semulajadi, tetapi perlu ada perancangan teliti dan kesungguhan yang tinggi. Jika tidak, sudah tentu karya itu akan menjadi tidak bermaya kerana tiada ketelusan dalam berkarya.

Sumber : Facebook Hafizan Halim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...