Written by AbangNara | August 17th, 2018

Selaku seorang pencinta ayam sejati, Nando’s merupakan salah satu restoran kegemaran Abang Nara. Ayam Nando’s apabila dicecah dengan sos PERi-PERi yang disediakan memang membuatkan selera naik mencanak-canak. Sedap tak terkata!!!

image

muka dah tak sabar nak meratah quarter chicken di depan mata

Namun ada juga kawan-kawan Abang Nara yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Nando’s. Antara alasan yang diberikan ialah “Nando’s nie nampak macam mahal je, sekali pergi mahu seratus dua”, “Nando’s ada ayam je, aku nak makan benda lain”, “tak bestlah nak lepak kat Nando’s, tempat macam tak selesa je”. Ish, ish, ish. Sesungguhnya mereka yang berfikiran sebegini adalah berada di dalam kerugian. Meh sini Abang Nara perbetulkan tanggapan salah korang terhadap Nando’s nie.

1. Set lunch Nando’s cuma RM15.94 sahaja

image

Terkejut kan? Ha, inilah sebab Abang Nara kata Nando’s ini amat-amat berbaloi. Hanya dengan RM15.94, perut anda akan kekenyangan menikmati ¼ ayam, nasi Mediterranean dan juga 1 air berkarbonat.

image

nyum nyum nyum, lazatnya!!!

Paling penting bagi Abang Nara, air tersebut boleh di”refill” sebarapa banyak kali yang kita mahu. Takkan ada orang yang marah atau pandang ‘slack’ pada anda. Cuma bawak cawan ke tempat pengisian air yang disediakan, dan pilih jenis minuman yang anda mahu. Memang terbaik kan set lunch dari Nando’s nie?

image
P.S: Set lunch ini bermula dari jam 11 pagi sehingga 3 petang setiap hari.

2. Nak cuba sesuatu yang baru? Nando’s ada menu yang pelbagai untuk anda.

Sama ada anda seorang penggemar ayam atau tidak, Nando’s menyediakan pelbagai jenis menu untuk memenuhi selera para pengunjungnya. Semuanya sedap-sedap belaka. Paling penting, harga sangat-sangat berbaloi dengan portion yang diberikan. Confirm kenyang punyalah. Antara menu-menu yang menarik di mata Abang Nara ialah:-

(i) Garlic Cheesy Pita Yang Baharu hanya RM6.90

image

Tak payah nak cicah sos pun, dah cukup rasa dah Garlic Cheesy Pita ni.

(ii) Chicken Hot Pot
Isi ayam bersama sayuran dan Spicy Rice yang dimasak bersama sos tomato unik. Kalau tambah lagi sos PERi-PERi memang puas. RM 11.31 je!

image

(iii) Grilled Chicken Tenders
Kalau nak cari subsidi yang lebih berbaloi, cuba la Grilled Chicken Tenders ni. Potongan ayam yang lazat dan empuk dengan sos lumuran PERi-PERi yang dihidangkan dengan dua regular sides – RM14.42 je! Dapat pilih sides lagi pulak tu.

image

(iv) Chicken Trichinado
Potongan ayam empuk yang sangat juicy dipanggang dengan sos istimewa disaji dengan Mediterranean Rice. Mesti puas hati. RM 11.31 je!

image

3. Tempat yang selesa untuk lepak dengan keluarga/kawan-kawan

image

Apabila anda ke Nando’s bersama kawan-kawan atau keluarga tercinta, anda tidak akan perasan betapa cepatnya masa berlalu kerana suasana di Nando’s sangat selesa. Dengan aircond yang menyegarkan lagi udara, tempat makan yang luas dan para pekerja yang sentiasa tersenyum serta mesra. Servis yang diberikan juga amatlah tip-top. Duduk-duduk je dah ada orang datang amik order. Lepas tue makanan pun cepat sampai. Memang awesome!!

image

Sambil-sambil berborak dan menjamu selera dengan makanan yang terhidang, sambil layan lagu muzik “Afro-Luso” yang unik dan mengasyikkan. Memang Nando’s is one of the best place to lepak-lepak sambil bertanya perkembangan terkini ahli keluarga atau kawan-kawan kita. Paling best, banyak sudut di Nando’s yang sangat cantik dan “Instaworthy”. Bolehlah selfie beramai-ramai dan upload ke sosial media masing-masing. Best kan?

4. Sos Nando’s yang sentiasa menjadi kegilaan ramai

image

Last but not least, tak lengkap kehadiran anda ke Nando’s sekiranya tidak mencuba pelbagai jenis sos yang telah mereka sediakan. Semua sos-sos PERi-PERi ini adalah PERCUMA dan boleh ditambah ke makanan anda mengikut kreativiti masing-masing. Nak bubuh sikit pun boleh, nak banjir pun boleh, nak campur-campur semua jenis pun boleh. Suka hati koranglah. Asalkan korang kenyang, gembira dan puas hati itu sudah cukup menggembirakan pihak Nando’s.

Mungkin ramai yang tak tahu pasal PERi-PERi ni.
– PERi-PERi adalah Cili African Bird’s Eye yang hanya terdapat di Nando’s.
– Mereka menanam PERi-PERi kami yang sendiri bersama pekebun kecil di Afrika.
– Semua sos yang terdapat di Nando’s di seluruh dunia diterbangkan dari Afrika Selatan.

Jadi tunggu apa lagi? Abang Nara yakin air liur korang dah meleleh melihat pelbagai jenis menu Nando’s nie kan? Jadi lunch hour ini terus ajak kawan-kawan satu ofis tue pergi serbu Nando’s yang berdekatan. Jangan lupa cakap kat boss masuk ofis lambat sikit sebab confirm korang akan tak perasan terlepak lama di sana. Selamat menjamu selera. Maklumat lanjut layari Nando’s Malaysia.



TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to Berbaloi, Banyak Pilihan & Sangat Selesa, Nando’s Memang Awesome!!!

  1. Gorges says:

    Nara. Lain kali Nando’s bagi ko makan free. Aku nak join. Boleh?

    1

    0
  2. Anonymous says:

    NANDOS TK SEDAP!!! DH CUBA SAMPAI SKG TKNAK LAGI..NOT TWICE..SORRY TO SAY BUT IT’S TRUE

    0

    2
  3. Anonymous says:

    Nandos dulu2 banyak je dihidang,skg…hurmm

    0

    0

Leave a Comment

Optional