Berbalas Mesej ‘I Love You’, Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru?

Hiburan

Berbalas Mesej ‘I Love You’, Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru?

Boleh dikatakan kes yang berlaku terhadap Aliff Aziz dan Ruhainies masih belum reda hingga ke hari ini, tetapi kini muncul pula dakwaan kurang enak mengenai isteri penyanyi itu pula.

Bella bercinta dengan pelakon baru?

Melalui pendedahan dari satu akaun di TikTok baru-baru ini, Bella Astillah didakwa ada hubungan cinta dengan pelakon baru bernama Muaz Zabir.

Advertisement

Malah, akaun tersebut turut memuat naik tangkap layar mesej-mesej mesra yang didakwa merupakan perbualan Bella dan Muaz.

bella astillah bercinta

Dapat dilihat dalam mesej-mesej yang didedahkan, mereka menggunakan panggilan ‘manja’ antara satu sama lain.

Hubungan terjalin sejak Oktober tahun lalu?

Dalam pada masa yang sama, hubungan tersebut turut didakwa sudah terjalin sejak Oktober tahun lalu selain kedua-duanya kerap berkongsi foto menunjukkan aktiviti harian mereka.

bella astillah bercinta

Swafoto kedua-dua pelakon itu turut dimuat naik dan memang jelas kelihatan mesra bersama.

Netizen tetap sokong

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti tidak mempercayai dengan berita tersebut dan masih memilih untuk menyokong Bella Astillah.

Sekadar info, Bella Astillah dan Muaz pernah berganding bersama dalam sebuah drama pada September tahun lalu.

bella astillah
9 months ago

"Macam Pernah Tengok Di Laman 'Oren'" - Video Bella Astillah Promosi Jersi Bersama 6 Orang Lelaki Jadi Bahan L*cah Individu 'Otak Kuning'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...