Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

Beraya Online, Bervideo Call Keluarga & Rakan Pun Kena Bergaya, Ceria, Ikuti Langkah Mudah Ini

Rasa baru je mula puasa, sedar-sedar dah nak raya kan kita? Walaupun tahun ini kebanyakan kita tidak boleh beraya di kampung, tapi kita kenalah sentiasa positif dan bersyukur. Nak beraya online pun kenalah nampak kacak bergaya juga kan? Ikuti tips mudah ini mengenai cara menjadikan penampilan lebih terjaga seterusnya handsome di pagi Syawal. Penampilan dah terbaik, barulah diri boleh sentiasa positif dan ceria!

Kenali badan sendiri

Advertisement

Dah besar panjang, mestilah dah tahu badan sendiri kan? Untuk raya, kalau baju Melayu mestilah sesuai dengan badan. Kalau berbadan besar, tidak sesuai mengenakan baju Melayu berpotongan slim, sebaliknya pilih potongan tradisional. Tapi bagi yang berbadan kurus lebih bebas dan banyak pilihan.

Tanya pendapat orang sekeliling

Kadang-kadang, kita memerlukan pendapat orang sekeliling yang mungkin lebih arif mengenai diri kita. Tanyakan pendapat ahli keluarga, saudara, kawan rapat atau rakan sekerja tentang penampilan diri. 

Paling penting, penjagaan diri kena tip-top sentiasa!

Kalau pakaian dan cukup on point tapi bab penjagaan diri tak ambil kisah, pun payah, bang. Sebab tulah penting untuk kita ada penjagaan wajah dan badan. Bila penampilan dan badan terjaga, ceria serta ada yakin diri pun automatik datang. Untuk itu, produk penjagaan diri NIVEA MEN adalah jawapan lelaki macam korang.

Advertisement

NIVEA MEN Deep Rapid Acne Mud Scrub diperlukan untuk membantu korang menghapuskan jerawat dan minyak kembali lagi  dengan garam Himalaya. Scrub ni berkesan pantas dalam 7 hari. Kulit berminyak dan berjerawat hanya tinggal sejarah.

Dah handsome tapi bila dekat ada bau tidak menyenangkan pun boleh jatuh saham bro, lari orang nanti! Deodoran NIVEA MEN Black & White Ultimate Impact dengan 5X perlindungan unggul yang efektif terhadap kesan, anti-bakteria dan juga memberikan wangian maskulin berpanjangan untuk keyakinan mantap. Tak yah risau baju raya ada kesan, memang best! Kesegaran dan keyakinan sepanjang hari jugak tu!

Muka, checked. Badan, checked. Aset penting, rambut pun jangan lepas pandang okay? Gayakan stail rambut korang dengan NIVEA MEN Craft Styler Wax Paste. Dengan wax ni, gaya rambut tahan lama, menguatkan rambut dengan vitamin E, dan mudah digayakan dengan kemasan matte.

Walaupun mungkin tak boleh beraya ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan macam biasa, siapa kata tak boleh tampil kacak bergaya untuk video call dan posting laman sosial? Penting guys! Sebab tulah kena ikut tips di atas.

Sambil bersiap tu, NIVEA MEN nak bagi duit raya RM1,000 untuk korang! Cuma perlu rakam korang tengah bersiap dengan 3 produk NIVEA MEN sambil menari lagu raya dan tag 3 orang kawan untuk ajak dorang join sekali. Video paling kreatif akan menang duit raya! Senang kan?

Jomlah Tampil Macho Bak Idola dengan NIVEA MEN. Untuk maklumat lanjut, follow Instagram Nivea hari ini! #TampilMacho #BakIdola #NIVEAMEN. Rujuk terma dan syarat: https://bit.ly/3u706c6

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama