Beraya Di Luar Negara, Intan Sarafina Tampil Tidak Lagi Berhijab

Hiburan

Beraya Di Luar Negara, Intan Sarafina Tampil Tidak Lagi Berhijab

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Duhai Malam, Intan Sarafina mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia tidak lagi berhijab dalam beberapa hantaran foto di media sosial miliknya.

Terbaru, Intan yang menyambut hari lebaran di luar negara dilihat memuat naik gambar dia manis berbaju kurung merah jambu dan sudah pun ‘free hair’.

Advertisement

Mungkin enggan dikecam netizen, ruangan komen foto-foto berkenaan turut ditutup oleh penyanyi itu.

Dia sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang gemar melakukan aktiviti riadah dan kerap menggayakan topi dan ‘hoodie’.

Terdahulu, salah seorang bekas peserta program Gegar Vaganza itu mula berhijab setelah mengalami kemalangan pada 17 Januari 2021.

Intan telah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada Oktober 2008 dan mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut.

Haqiem Rusli Anis Sofea
1 year ago

"Doakan Yang Baik-Baik Sahaja Dan Diam, Terima Kasih" - Haqiem Rusli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...