Beratur Panjang Untuk Tuntut BPN, Rakyat Malaysia Tak Patuhi Penjarakan Sosial

Trending

Beratur Panjang Untuk Tuntut BPN, Rakyat Malaysia Tak Patuhi Penjarakan Sosial

Seperti yang semua tahu, bagi membantu rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak terjejas dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kerajaan telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk meneruskan kelangsungan hidup semua.

Selepas sahaja Perdana Menteri ke-8 mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tersebut, kesemua rakyat yang layak telah pun bersiap sedia untuk memanfaatkannya secepat mungkin. Sehubungan dengan itu, dana tersebut sudah pun mula dibahagikan bermula 6 April lepas.

Advertisement

Walaubagaimanapun, dek kerana mahu mendapatkan dana tersebut dalam kadar segera, nampaknya segelintir rakyat Malaysia telah mengabaikan penjarakan sosial yang diuar-uarkan oleh kerajaan dalam membendung penularan COVID-19.

tuntut bpn tanpa jaga jarak sosial

Ramai yang kelihatan beratur panjang dan secara rapat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di serata Malaysia tanpa mengira jarak di antara masing-masing langsung.

Malahan ada yang beratur panjang di cawangan bank lain dengan pelbagai alasan. Ada yang mahu keluarkan duit, ada yang datang kerana baru mahu membuka akaun BPN/BSN bagi melayakkan mereka menerima bantuan tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga benefisiari kepada pemegang akaun BSN yang beratur untuk mengambil wang.

tuntut bpn tanpa jaga jarak sosial

Tambahan pula, kesemua bank kini tidak mengenakan caj RM1 bagi pengeluaran duit daripada bank lain sepanjang PKP ini. Jadi, sepatutnya mereka boleh melakukan perkhidmatan mengeluarkan duit di cawangan bank selain BSN buat masa ini.

Dana itu ada untuk semua, jadi tak usah kalut dan abaikan tuntutan jarak sosial.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...