Beratur Panjang Untuk Dapatkan Kasut Signature Vans Pa’din Musa

Trending

Beratur Panjang Untuk Dapatkan Kasut Signature Vans Pa’din Musa

Legenda papan selaju Malaysia, Ahmad Fadzil Musa ataupun dikenali dengan nama Pa’din Musa merupakan ‘Skateboarder’ Malaysia pertama dengan signature model syarikat kasut Amerika Syarikat, Vans.

Advertisement

Dah nama pun legenda mestilah ramai peminat dan peminat beliau mula beratur seawal jam lapan pagi di hadapan kedai kasut Vans untuk membeli kasut signature colorway ataupun edisi khas Pa’din Musa.

Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah di pusat beli belah Suria KLCC dan kedai pengedar rasmi lain di sekitar Lembah Klang yang turut menerima puluhan serta ratusan peminat Pa’din yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan kasut edisi khas itu.

Signature colorway Pa’din itu habis dijual pada hari pelancarannya di kebanyakan kedai dari Pulau Pinang sehinggalah ke Singapura.

Selepas kasut tersebut habis dijual, ada segelintir pembeli yang menjual kembali kasut tersebut di instagram pada harga setinggi RM600 dan paling murah RM400.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...