“Berat66 Sungguh Lah. Beli Lauk Basi, Beli Kue Pun Basi”, Isu Lauk Dan Makanan Basi Jadi Bualan Netizen

Trending

“Berat66 Sungguh Lah. Beli Lauk Basi, Beli Kue Pun Basi”, Isu Lauk Dan Makanan Basi Jadi Bualan Netizen

“Beli kue (kuih) basi, beli lauk basi, berat66 sungguhlah (teruk betul)”.

Advertisement

Itu antara luahan hati yang dikongsi oleh pengunjung di sebuah bazar Ramadan di laman Facebook kumpulan di daerah itu yang kecewa dengan sikap peniaga di bazar Ramadan Kuala Berang yang menjual juadah yang sudah basi.

Status itu, yang dikongsi oleh individu dengan nama Laksa Laksam pada Khamis mendapat lebih 176 likes dan menerima lebh 50 komen yang menyokong dan menceritakan nasib yang sama dialami mereka.

Pengguna Facebook Cik Nisa yang turut mengutarakan komen di status itu yang menceritakan dia juga berasa terkilan apabila kuih yang dibelinya basi.

“Semalam beli kuih pun basi. Murtabak pun xsdap (tidak sedap). Ayam golek pun xtau(tak tahu) la ble (bila) punya. Mmg (memang) frust (kecewa) gak (jugak) la,” katanya.

Lagi teruk, ada juga pembeli yang melaporkan dia terpaksa berulang-alik ke tandas kerana cirit-birit selepas makan nasi yang dibeli dari bazar terbabit.

“Mmg (memang) pun sy (saya) pun beli nasi lauk perangat (dihangatkan kembali) wase (rasa)…..sari (sehari) sapa(sampai) ke subuh skit(sakit) perut kuo(keluar) toilet…mutoh (muntah) siap….bhaye (bahaya) molek (betul) jual makanan gtu (macam tu)…klu (kalau) kene (kena) ke budok kecik sian(kesian) la,” katanya.

Aisyah Aziz meluahkan rasa kesalnya apabila air soya yang dibelinya turut basi pada hari yang sama.

“Beli air soya bazar basi..hok (yang) bila xtau(tak tahu)..kenat (khianat) nguh (sungguh),” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Status tersebut turut menerima 97 komen yang turut sama menyokong kenyataan itu.

Semalam, seorang pengguna Facebook Zainab Zainab turut memuat naik status apabila ketupat yang dibelinya untuk dibawa ke surau basi dan status tersebut dikongsikan anaknya Ameera Syahida di Facebook kumpulan daerah ini.

“Petang ni..beli ketupat sambal..pasar Ramadan..Nyer (Dia) campur hok (yang) basi ngn (dengan) molek..dah la kita beli byok (banyak) nk (nak) wat (buat) g(pergi) surau..watpe (kenapa) la..perangai manusia ni.tidak ikut hukum tuhan berjual beli…bertaubatlah …lain kali jgn (jangan) la wat (buat) gni(begini) lagi,” katanya.

Status tersebut turut menarik perhatian 112 pengguna Facebook.

Zuaya Zuwa berkata cerita makanan basi di bazar daerah berkenaan bukan perkara baharu malah hampir setiap tahun perkara serupa terjadi hingga membuatkan beliau serik untuk ke bazar berkenaan.

“Tiap2 (setiap) tahun mesti ada kes makanan basi kat Kuala Berang..tu lah (itulah) ambe (saya) dok (tak) minat gi (pergi) bazar ramadan..baik beli kg (kampung)..dah (sudah) lah murah,” katanya.

Sementara itu, Matleq Dcni memohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana bimbang perkara tersebut akan berlarutan disebabkan ramai pengguna yang terkena nasib yang sama.

“Aii ramai dh (dah) kene (terkena) nie..bru (baru-baru) ni (ini) ambe(saya) dah kena…rojak ayam…saing (kawan) ambe (saya) air soya..basi blake (semua)…ambik (ambil) tindakan la pihak berkuasa,” katanya.

Bernama melaporkan, tinjaun mereka ke bazar berkenaan sejak dua hari lalu mendapati lambakan lauk dan kuih-muih yang tidak dapat dijual sesetengah peniaga biarpun sudah masuk waktu berbuka berikutan cuaca hujan.

Bernama juga menggesa agar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan dengan segera agar kejadian yang pernah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang meninggal dunia selepas keracunan makanan akibat memakan ayam goreng di pasar malam di dearah ini dua tahun lalu, tidak berulang.

Sumber : Bernama@Sinar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...