“Berat Suami Dia Menanggung” – Ain Edruce Berjoget Depan Kamera, Reaksi Amirul Jadi Perhatian Netizen

Hiburan

“Berat Suami Dia Menanggung” – Ain Edruce Berjoget Depan Kamera, Reaksi Amirul Jadi Perhatian Netizen

Pelakon dan personaliti Ain Edruce kembali menjadi perhatian netizen gara-gara videonya berjoget bersama suami, Amirul tular di TikTok.

Dalam video tersebut, Ain yang ditemani suami sedang menari dan semestinya reaksi Amirul sering menjadi perhatian gara-gara sikapnya yang bersahaja dan tenang.

Advertisement

Amirul kemudian dilihat ditarik Ain ketika di pertengahan tarian joget namun dia enggan turut serta barangkali kerana malu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengkritik Ain yang sebelum ini dikenali dengan perwatakannya yang gila-gila itu.

Kata netizen, Ain seperti tidak kesian akan suami sendiri kerana tampil berjoget ‘tak ingat dunia’.

KomenSumber : Komen  

Malah ada yang mengkritik Amirul seperti tidak menegur langsung isteri kesayangan berjoget terkinja-kinja depan kamera.

Sekadar info, Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2018 bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Miera Leyana
9 months ago

"Ke Hulu Ke Hilir Ngekor Menantu" - Netizen Tak Puas Hati Ibu Miera Liyana Yang Umum Nak Buat Sidang Media Kes Cerai Rosland Dengan Adibah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...