Penyanyi Andi Bernadee baru-baru ini mencuri perhatian apabila berat badannya turun mendadak, mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kesihatannya. Netizen mendakwa Andi mungkin terlibat dengan penggunaan barang terlarang, pembedahan bariatrik, atau suntikan ozempic.
Namun, Andi menegaskan,
Saya tidak menjalani diet ekstrem, hanya mengurangkan kuantiti makanan.
Dia menjelaskan bahawa penurunan berat badan yang drastik bermula selepas berat badannya meningkat mendadak ketika menjalani penggambaran sebuah drama,
Di set, makanan yang disediakan semua sedap. Mulut saya tak berhenti mengunyah.
View this post on Instagram
Menurutnya, ketika timbang badan di klinik, beratnya hanya 46 kilogram, yang tidak seimbang dengan BMI. Andi menafikan dakwaan yang mengatakan dia menurunkan berat badan kerana masalah peribadi atau putus cinta, menyifatkan itu sebagai “mengarut sahaja”.
Kredit foto: HibGlam