Berat Hati Lepaskan Pembantu Rumah, Wawa Zainal Beri Hadiah Perpisahan Wang Tunai Dalam Kotak

Hiburan

Berat Hati Lepaskan Pembantu Rumah, Wawa Zainal Beri Hadiah Perpisahan Wang Tunai Dalam Kotak

Pelakon Wawa Zainal menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah memaklumkan mengenai kepulangan pembantu rumah kesayangan ke negara asal, Indonesia.

Mengakui berasa sangat sedih dan berat hati dengan kepulangan orang gajinya itu, Wawa walau bagaimanapun terpaksa akur dengan perpisahan tersebut.

Pembantu rumah yang bernama Salma itu difahamkan telah bekerja selama beberapa tahun dengan pelakon dan juga isteri kepada Aeril Zafril itu.

Dalam hantaran video tersebut, Wawa telah merakam saat-saat perpisahan dan kenangan bersama Salma dan paling menarik perhatian, usahawan kosmetik itu telah menghadiahkan bibiknya dengan sejumlah wang kertas dipercayai matawang rupiah yang tebal dalam sebuah kotak hadiah.

Advertisement

“Selamat jalan Salma, bibik kesayanganku. Sangat berat nak lepaskan orang yang kita sayang tapi Wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jaga dirimu. Terima kasih atas semua memori.”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut merasa sedih apabila menonton video berkenaan dan juga memuji kemurahan hati Wawa Zainal yang dilihat sangat menyayangi Salma meskipun hanya bergelar pembantu rumah.

Sekadar info, Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...