Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri meninggal dan pergi buat selama-lamanya.
Dalam perkongsian di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @pemburujenazah, video menunjukkan rakaman seorang ibu yang seakan-akan tidak boleh menerima pemergian anaknya.
Difahamkan, ketika orang ramai memberitahu bahawa anaknya telah meninggal, dikatakan wanita tersebut sedang sibuk memasak untuk sambutan hari jadi arwah.
Menurut pemilik video TikTok tersebut, arwah meninggal akibat terlibat dalam kemalangan di Jalan Pudu berhampiran dengan Petronas Ikea.
Jenazah arwah kemudiannya dibawa ke ibunya, namun wanita itu seperti tidak percaya dengan berita kejadian berkenaan.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang berkongsi rasa sebak melihat reaksi warga emas tersebut kerana dapat membayangkan kesedihan yang perlu dialami.