Kemunculan Zulin Aziz pada program Gegar Vaganza 3 minggu lepas mengejutkan orang ramai apabila beliau kelihatan langsing dan cukup cantik berbaju kebaya.
Ramai yang ingin tahu apakah rahsia Zulin sehingga mampu menurunkan berat badan dengan agak ketara dan kelihatan cukup berbeza sekali. Adakah beliau mengambil ubat kurus? Namun, Zulin yang sudah menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram memberitahu beliau berjaya kelihatan langsing hanya dengan bersenam dan mengamalkan diet yang sihat.
Zulin akui sebelum ini beliau pernah “taksub†dengan pengambilan ubat kurus tetapi kecewa kerana berat badannya kembali naik selepas berhenti mengambil ubat pelangsing badan.
Dulu ubat pelangsingan badan adalah seperti ‘kawan baik’ saya tetapi ia sebenarnya memberi kesan tidak bagus kerana apabila saya berhenti mengambilnya berat badan bertambah lebih banyak daripada asal.
Saya mula sedar itu bukan jalannya untuk kurus kerana ia hanya memberi kesan sementara sahaja dan sebab itu saya cekalkan hati untuk melakukan kaedah sebenar iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.
Tambah Zulin, pelakon Ayha Rosli yang merupakan anak kepada pelakon vateran Norman Damanhuri merupakan individu yang bertanggungjawab dan mengubah hidupnya untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat.
Ahya bertindak sebagai jurulatih peribadi Zulin yang sentiasa memastikan beliau bersenam dan menjaga pemakanannya. Malah, Zulin juga menyertai kelas Muay Thai yang dikendalikan oleh Ahya sendiri.
Saya pada mulanya tidak percaya apabila Ahya kata dia ingin bantu saya mengurangkan berat badan tetapi apabila dia menunjukkan kesungguhan saya sahut cabaran itu. Dia seorang yang ‘brutal’ dalam memastikan saya disiplin dan komited terhadap rutin senaman selain menyemak setiap makanan yang saya ambil setiap hari.
https://www.instagram.com/p/BMIU-r4jT_J/?taken-by=zulinaziz&hl=en
Walaupun rutin tersebut menyeksakan pada awalnya tetapi Alhamdulillah ia mula menunjukkan hasil positif.
Zulin juga tidak memakan nasi dan mengelak makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia sangat membantu untuk mempercepatkan lagi proses untuk menguruskan badan.
Walaubagaimanapun, Zulin menasihati orang ramai untuk cari cara yang bersesuaian dengan tubuh badan mereka untuk tampil lebih kurus.