Jika anda sering mengikuti perkembangan pelakon kacak, Keith Foo di Instagram, pasti terlihat perbezaan dari bentuk tubuh badan yang dilihat semakin menyusut daripada biasa.
Lalu, muncul spekulasi bahawa Keith mengalami perubahan ketara tersebut hanya selepas berpisah dengan bekas isterinya, Kim Raymond. Ada sesetengah netizen beranggapan bahawa Keith seolah hilang arah dan punca sehingga tidak lalu makan.
Namun, pelakon yang namanya meningkat naik menerusi drama Ariana Rose itu tampil menafikan cakap-cakap netizen dan memberitahu bahawa dirinya kelihatan kurus kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
“Memang berat badan saya turun, tapi bukanlah sebab bercerai. Kalau yang ikut perkembangan saya di Instagram sebelum berpisah lagi saya dalam misi menguruskan badan.”
Keith yang ditemui media menambah bahawa dirinya berjaya mengurangkan berat badan dengan bantuan produk makanan kesihatan Cococurv, selain daripada mengamalkan gaya hidup sihat.
View this post on InstagramCococurv ?? #cococurvhq #berrycurv #dietsihat #mealreplacement #maintain #detox #loverespectunity
“Tak lengkap rasanya hari saya tanpa bersenam di gim, joging dan memanjat gunung. Jadi saya imbangi pengambilan Cococurv dengan aktiviti berpeluh. Saya dah amalkan sejak enam bulan lalu dan produk ini memang membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat,”
Dalam pada itu, Keith berkata dia menurunkan berat badan bukanlah bertujuan untuk nampak ‘bagus’ dan hebat tetapi kerana tuntutan dalam dunia seni. Tambahnya lagi, dia melakukan semua itu juga disebabkan oleh anaknya, Skylar Raymond Foo.
Perkembangan terkini, Keith Foo bakal muncul semula dalam pentas hiburan setelah agak lama menyepi. Dia juga yang sebelum ini pernah sedekad melebarkan sayap di Indonesia memaklumkan ada menerima beberapa tawaran untuk kembali ke negara jiran dan tidak teragak-agak untuk berhijrah ke sana selepas pandemik COVID-19 ini berakhir.
Sumber: Gempak.com