Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman hamil anak ketiga menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Ujar Izreen, berat badannya naik mendadak kala ini namun bersyukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit seperti kencing manis yang sinonim dengan ibu mengandung.
View this post on Instagram
Kata pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu lagi, dia tidak menghidap penyakit itu sejak hamil anak pertama lagi.
View this post on Instagram
“Anak ketiga ini baru lima bulan dah naik 15 kg okay…cuma nasib kami baik sikit kami tak pernah ada kencing manis sepanjang kehamilan. Kali ini tak tahu lah. Harap clean lah sampai habis..” tulisnya di hantaran tersebut.
Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik terkenal, Ude Wahid pada Ogos 2019 yang lalu secara rahsia.
View this post on Instagram
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun.