Berasa Seperti Diekori Individu Misteri, Lia Natalia Buat Laporan Polis

Hiburan

Berasa Seperti Diekori Individu Misteri, Lia Natalia Buat Laporan Polis

Seram betul apabila kita boleh rasa seperti diintip! Sama seperti pelakon Lia Natalia yang nekad membuat laporan polis selepas mendakwa bahawa dia diekori oleh individu tidak dikenali berhampiran kawasan tempat tinggalnya pada Sabtu lalu.

Lia, ataupun nama sebenarnya Alia Afiqah Abden menjelaskan bahawa insiden itu pertama kali berlaku sepanjang dua tahun tinggal di kawasan berkenaan.

Advertisement

“Sejak kebelakangan ini saya perasan macam ada orang tahu saya tinggal di mana.”

lia natalia diekori

Tambahnya lagi, dia perasan bahawa dua kali parcel atau barang kiriman untuknya hilang di pondok pengawal. Katanya, satu daripada barang itu adalah miliknya manakala satu lagi ialah produk untuk dibuat ulasan.

“Setiap kali pulang rumah, seperti ada yang mengekori.”

Bukan itu sahaja, pembantu peribadi Lia yang turut tinggal serumah dengannya menceritakan inisiden di mana ada yang cuba membuka pintu rumahnya perlahan-lahan. Bahkan dia sering merasakan ada orang yang sering lalu-lalang di hadapan rumahnya.

“Sebelum ini saya tinggal seorang diri dan baru saja ada PA. Tapi, ia tetap merisaukan saya sebab kadang pulang lewat malam dari lokasi penggambaran.”

lia natalia diekori

Pelakon wanita itu juga pernah memaklumkan kejadian tersebut pada pihak pengurusan tempat tinggal dan pengawal keselamatan sebelum membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke pengetahuan pihak polis.

Lia juga mengatakan bahawa rakaman CCTV sudah pun diteliti dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Harap Lia dan pembantu peribadinya baik-baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...