“Beras Dah Banyak…” – Individu Penerima Sumbangan Dipercayai Jual Semula Bantuan Keperluan

Kehidupan

“Beras Dah Banyak…” – Individu Penerima Sumbangan Dipercayai Jual Semula Bantuan Keperluan

Berikutan pandemik yang melanda negara, ramai pihak memberi bantuan dan sumbangan kepada individu yang terkesan. Namun, dilaporkan ada segelintir individu yang cuba untuk mengambil kesempatan berhubung bantuan yang diberikan.

Menerusi laporan Harian Metro, ada individu yang tidak bertanggungawab dengan menjual semula sumbangan yang diberikan untuk kepentingan peribadi salah satunya ialah menjual beras bantuan dengan harga RM 5 sekampit.

Advertisement

Individu berkenaan juga memberi alasan beras yang diterima sudah banyak dan tidak menepati selera seperti yang dibeli sebelum ini.

Gambar Hiasan

Seorang sukarelawan bebas mendedahkan hal tersebut dengan mengatakan pihaknya mendapati tindakan itu dilakukan oleh seorang penerima bantuan baru-baru ini.

“Sebelum ini, lelaki terbabit memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup dan apabila bantuan sudah diberikan, jiran kepada lelaki tersebut memaklumkan yang dia menjual semula beras yang disumbangkan.”

Sukarelawan tersebut beranggapan individu berkenaan betul-betul dalam keadaan susah namun apabila ditanya, dia mengatakan beras sudah terlalu banyak dan tidak menepati selera.

Beras lima kilogram yang diberikan itu dijual semula dengan harga murah kepada penduduk berdekatan rumah. Lelaki itu juga mendakwa dia memohon untuk mendapatkan pelbagai bantuan sejak beberapa bulan lalu.

Advertisement

Menurut sukarelawan tersebut, dalam berkongsi rezeki penerima tidak seharusnya mengambil kesempatan ketika situasi seperti ini kerana penyumbang mengharapkan bantuan sampai kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

Dalam pada itu, situasi ini menjadi satu peringatan dan pengajaran buat dirinya dan badan bukan kerajaan yang lain dalam memberikan sumbangan dan memastikan golongan yang menerima sumbangan itu ialah golongan yang betul-betul memerlukan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...