Baru-baru ini, Azwan Ali yang menggelarkan dirinya sebagai Diva AA sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memuat naik status berunsurkan provokasi apabila Naim Daniel dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) pada Ahad lalu.
Azwan menerusi akaun Twitter berkata dia langsung tidak mengenali Naim. Dia turut menyatakan perasaan tidak hairan terhadap penyanyi itu meskipun menjuarai AJL34 dan pada masa yang sama menyertakan carutan, ayat penuh makian dalam status tersebut.
Terbaru, menerusi satu sidang media, Azwan tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung kritikannya terhadap Naim.
Kenapa kau kena kurang ajar dengan aku – Azwan Ali
https://www.instagram.com/p/B8bGctRBqlG/
Tidak dinafikan, Azwan memuji cara Naim mempertahankan kejayaannya itu tetapi mengapa perlu dilakukan dengan nada yang kurang ajar.
Menurut Azwan, apa yang membuatkan dia bertambah berang adalah tindakan peminat fanatik Naim yang tidak henti menyerang akaun Twitternya dengan pelbagai komen sumpah seranah terhadap dirinya.
Pada masa yang sama, selebriti sensasi itu mempersoalkan adakah salah dia menegur pemenang-pemenang AJL selaku bekas pengacara rancangan tersebut.
Kata Naim kurang ajar, dia lagilah – Netizen
Rata-rata netizen tidak setuju dengan kenyataan mengatakan Naim kurang ajar. Sebenarnya, cara Azwan yang menyatakan pendapatnya agak kasar dan tidak menghormati orang lain.
Bila kita nak dihormati, kita kena hormati orang. Sebenarnya ia bukan atas faktor ‘umur’ untuk kita beri rasa hormat itu, tak kisah pada tua atau muda semua kita kena hormat.