Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pekerja penghantar makanan atau rider Foodpanda.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu telah berkongsi gambar memaparkan seorang lelaki yang memakai baju Foodpanda sambil menggalas beg makanan dengan menunggang babasikal berjenama Specialized Shiv.
Difahamkan, harga bagi sebuah basikal Specialized Shiv itu boleh mencecah RM20,000 hingga RM50,000 mengikut model tertentu dan belum termasuk aksesori lain.
Orang yang kerja Foodpanda ni memang suka acah kaya ye? Berapa sangat gaji korang?
Malah, wanita itu turut mendakwa lelaki itu hanya meminjam basikal milik orang lain kerana meragui pendapatan mereka yang hanya bekerja sebagai penghantar makanan.
Aku yang kerja gomen pun kena saving 10 bulan baru dapat basikal ni.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam kenyataan yang dikeluarkan wanita itu kerana seolah-olah merendahkan pekerjaan dan pendapatan orang lain.
Sekarang bukan nampak masalah gaji siapa lagi besar, tapi otak siapa lagi luas… – netizen.
“Dah 2022 ni tak sangka ada lagi mindset, asal kerja goverment je paling hebat, orang yang kerja sendiri macam ni pada mata diorang tak boleh cari duit lebih.. Kalau masih fikir macam tu maknanya otak masih lemah dan sel-sel tak berhubung dengan baik,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.