Berapa Dos Ubat Demam Kanak-Kanak Kena Ambil? Ini Pengiraan Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.

Trending

Berapa Dos Ubat Demam Kanak-Kanak Kena Ambil? Ini Pengiraan Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.

Di pasaran terdapat dua jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml. Pastikan ibu-ibu semua tahu kekuatan ubat sebelum kira ya.

Advertisement

Pengiraan dos ubat demam kanak-kanak – Paraceatamil suspension

15mg/kg berat anak/dose

Jika berat anak 11kg

15mg x 11kg = 165mg

Bagi kekuatan 250mg/5ml, *5÷250 × 165mg*. Perlu minum 3.3ml 3kali sehari

Bagi kekuatan 120mg/5ml, *5÷120×165mg*. Perlu minum 6.8 ml 3 kali sehari

Pastikan ibu-ibu semua membuat pengiraan dengan betul dos ubat agar anak diberikan ubat yang mencukupi berdasarkan berat anak. Ini penting untuk pastikan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.

Nota: Ubat demam tidak perlu simpan dalam peti sejuk ya. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yang jauh dari capaian kanak-kanak.

Selepas botol dibuka, boleh digunakan sehingga 1 bulan. Ibu-ibu boleh tulis tarikh buka pada botol ubat. Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.

Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah swt. Kita berusaha Allah jua penyembuhnya.

Kredit : Huda Azmin Ummu Huzair Humaidi Husaini & Puan Farmasis Gomen

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.