“Berapa Deposit ‘Main’ 2 Jam” – Terima Mesej Lucah Ajak S*ks, Baby Shima Tularkan Wajah Lelaki Miang

Hiburan

“Berapa Deposit ‘Main’ 2 Jam” – Terima Mesej Lucah Ajak S*ks, Baby Shima Tularkan Wajah Lelaki Miang

Sering menerima gangguan seksual terutamanya mesej-mesej lucah daripada lelaki miang di Instagram, penyanyi dangdut Baby Shima sudah tidak mahu ‘jaga aib’ mereka lagi.

Menerusi hantaran di Instagram, Shima mendedahkan direct message (DM) diterimanya daripada seorang lelaki bernama @nazrinnisham yang bertanyakan harga untuk melakukan seks untuk tempoh 2 jam.

Advertisement

Hai Baby Shima. Berapa paling kurang deposit kalau mau main 2 jam?”

Bukan hanya mendedahkan mesej seksual itu, pelantun lagu Bang Jamal itu turut memuat naik gambar wajah individu terbabit menerusi hantaran yang sama.

Apabila pemikiran menggunakan alat sulit, hendak tutup mulut netizen pun tidak boleh kerana ada saja benda yang tidak kena. Kita muat naik atau kongsi apa saja pasti tidak lari dari pemikiran yang bukan-bukan. Bukan saja saya, mana-mana akaun media sosial pun.”

Tambah Shima lagi, gangguan seksual yang sering diterimanya ini juga dilalui oleh wanita yang bertudung bukan hanya disebabkan penampilan seseorang.

Ini bukanlah kali pertama Shima mendedahkan dia menerima mesej lucah dan gangguan seksual daripada lelaki tidak dikenali di media sosial namun sebelum ini dia tidak mendedahkan wajah mereka.

Tidak kali ini, Shima sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku dan membuat keputusan untuk mempamerkan wajah lelaki miang yang menganggunya.

1 year ago

"Awak Pun Sama, Tet*k Nak Terkeluar Dah Tu" - Dikritik 'Makin Tak Tahu Malu', Baby Shima Viralkan Wajah Netizen!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...