Berapa Banyak Beban Bukan Milik Saya Tapi Perlu Saya Pikul – Nelydia Tuju Status Kepada Uqasha?

Hiburan

Berapa Banyak Beban Bukan Milik Saya Tapi Perlu Saya Pikul – Nelydia Tuju Status Kepada Uqasha?

Kes penahanan Uqasha Senrose bukan sahaja memberikan impak kepada dirinya tetapi kepada adiknya, Nelydia Senrose yang menjadi mangsa serangan netizen di media sosial. Bukan satu perkara mudah yang perlu dihadapi apabila masyarakat mula memandang negatif terhadap keluarga mereka, Nelydia menerusi akaun Twitternya seakan menggambarkan keadaan yang perlu beliau hadapi sekarang.

Advertisement

Nelydia meluahkan beliau perlu berhadapan dan memikul beban yang bukan dilakukannya. Rata-rata netizen mempercayai kata-kata tersebut berkaitan dengan kes dadah Uqasha.

Bersimpati dengan apa yang berlaku, netizen mendoakan agar Nelydia serta keluarganya diberikan semangat yang kuat serta tabah mengharungi dugaan yang menimpa.


Terdahulu,  netizen mula “menyerang” Instagram Nelydia  dengan pelbagai kecaman apabila Uqasha  menutup fungsi komen di akaun Instagramnya kerana terlalu tertekan dihujani dengan pelbagai komen negatif sejak tersebarnya foto beliau ditahan di balai polis.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...