Beraninya Budak Ini, Berus Gigi Buaya Masa Mandi

Trending

Beraninya Budak Ini, Berus Gigi Buaya Masa Mandi

Seorang kanak-kanak dari Tangerang di pulau Jawa, Indonesia mandi bersama anak buaya sambil memberus giginya di dalam bilik air. Sering kali kedua ibu bapa anda akan memberikan mainan plastik kepada anak mereka untuk memudahkan urusan semasa memandikan anak-anak yang susah nak mandi. Tetapi berbeza pula dengan ibu bapa kanak-kanak perempuan ini.

Advertisement

Dalam video yang telah viral di laman sosial, kanak-kanak ini kelihatan sangat selesa memberus gigi anak buaya yang mandi bersamanya. Anak buaya ini dijadikan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak ini bermain.

Menurut DailyMail, kanak-kanak bernama Maharani sudah biasa dengan haiwan kerana sejak kecil beliau sudah dilatih oleh ayahnya merupakan seorang pencinta haiwan.

Dalam video ini,  beliau sedang meletakkan ubat gigi sebelum memberus gigi anak buaya yang berendam bersamanya di dalam besen. Selain buaya itu, Maharani turut ditemani seekor ular dan juga burung enggang di besen bersebelahan di dalam bilik air itu.

Kepada ibu bapa di luar sana, apakah anda juga akan beri anak-anak bawa haiwan peliharaan mereka semasa mandi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...