Nama TikToker Tareq Fit sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa mencetuskan ketegangan dengan agamawan Ustaz Syafiq Maslin.
Difahamkan, Ustaz Syafiq Maslin meluahkan rasa kurang senang selepas mendakwa namanya disebut dalam satu podcast oleh Tareq Fit. Lebih mengejutkan, beliau turut mendakwa telah disekat oleh pempengaruh berkenaan dan memuat naik bukti sekatan tersebut menerusi akaun Threads miliknya.
“Berani sebut nama saya dalam podcast , tapi block saya pulak.. sekali lagi kau petik atau perli aku.”
Menurut Ustaz Syafiq, Tareq Fit bukan sahaja memetik namanya, malah didakwa memerli serta memperlekehkan golongan ulama dalam kandungan podcast tersebut. Beliau turut menegaskan akan terus bersuara di media sosial dan mengkritik pendekatan Tareq Fit yang didakwa berdakwah mengikut cara Rasulullah SAW namun dalam masa sama menghina pihak lain.

Sebelum ini, perselisihan antara mereka mula timbul apabila Tareq Fit membalas teguran Ustaz Syafiq di ruangan komen salah satu hantaran. Bagaimanapun, dalam satu video di TikTok, Ustaz Syafiq Maslin dilaporkan pernah memohon maaf kepada Tareq Fit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
