“Berani Mati” Naik Ke Puncak Pencakar Langit Tertinggi Dunia, Gadis Rusia Ini Jadi Viral Dan Sensasi Di Internet

Trending

“Berani Mati” Naik Ke Puncak Pencakar Langit Tertinggi Dunia, Gadis Rusia Ini Jadi Viral Dan Sensasi Di Internet

Hanya kerana ingin abadikan gambar yang “rare” dan menakjubkan, seorang gadis Rusia, Angelina Nikolau, 23, sanggup menjelajah dunia seterusnya berani mendaki pencakar-pencakar langit hingga menjadikannya selebriti internet.

Advertisement

Malah, gadis itu sanggup menjelajah negara seperti China dan Hong Kong untuk selama tiga minggu untuk mengambil gambar berani mati – sehingga 300 kaki dari tanah.

Tapi, gambar yang diambil bukan sekadar selfie, malah turut menyertakan gambar dia melakukan aksi gimnastik, dengan hanya beberapa inci dari penghujung antara bangunan-bangunan tertinggi di dunia.

Antara imej yang dirakam menunjukkan gadis itu berbaring pada puncak sebuah bangunan dengan kakinya berada hanya beberapa sentimeter daripada kedudukan yang membolehkannya terjatuh.

Nikolau kemudian memuat naik gambar-gambar itu di laman Instagramnya dengan kapsyen seolah-olah dia menikmati setiap foto di puncak bangunan-bangunan itu.

Bagaimanapun, gadis tersebut tidak terlepas daripada kecaman apabila pengguna media sosial Rusia menyatakan dia perlu berhenti berbuat demikian kerana boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan serupa selain mengakibatkan dirinya cedera.

“Anda terlalu muda dan cantik. Tindakan itu tidak wajar untuk nyawa anda,” kata seorang pengguna Instagram, just-joslyn.

Foto-foto Nikolau kemudian dipopularkan oleh portal-portal berita antarabangsa seperti Dailymail, The Sun, Telegraph dan pelbagai lagi.

Sumber : Dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...