Sebelum ini, kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Syarif Zero dan Namie telah membuat sketsa bertemakan ‘Benua Di Dalam Dunia’ di pentas akhir program Muikal Lawak Superstar 3 (MLS3).
Menerusi sketsa tersebut, kumpulan UBI telah melakonkan watak sebagai pelajar universiti yang terpaksa menyambut hari Raya di luar negara tanpa keluarga disisi. Bagi mengubat rindu, Syarif dan Fad telah menelofon ibu bapa mereka yang dilakonkan oleh Erra Fazira dan Datuk Yusof Haslam.
Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai apabil Namie cuba untuk menghubungi ‘Kakak/Abang’ yang berada di Australia.
Walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, tetapi ramai penonton yang seakan faham individu tersebut merupakan usahawan sensasi, Nur Sajat.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyakinkan orang ramai apabila kumpulan UBI turut menggunakan suara Sajat menerusi lagu Bobo Dimana sebagai muzik latar panggilan tersebut.
Tampil memberi respon, Sajat telah memerli tindakan kumpulan UBI yang disifatkan cukup berani menggunakan perihalnya sebagai bahan lawak untuk sketsa pada malam tersebut.
Berani mati eh kutuk Sajat, tak tahu lelaki ke perempuan. Berani mati kau ni UBI! Berderau jantung, sabar jelah.. menang tak dia?
Bagaimanapun, Sajat memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak mengambil hati, sebaliknya hanya bergurau dan turut mengucapkan tahniah kepada kumpulan UBI untuk kemenangan mereka di MLS3.
Ala tak kisah la, I tak marah pun, I gurau jela. Congratulations kepada UBI kerana menang, tapi kalau I yang masuk belum tentu lagi you menang.
@bendepundahpost HAHAHA Sajat wish congrats to UBI?? #sajat #lawaksajat #ubijuara @Nursajat23
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.