Berani! itu kata-kata sesuai bagi menggambarkan situasi seorang gadis membantu seekor biawak yang dijerat dengan tali.
Video yang dikongsi menerusi aplikasi Tik Tok tular selepas ia dikongsi di laman Tik Tok majikannya. Majikannya sangat bangga dan kagum dengan keberanian kakitangannya.
“Gadis dalam video viral itu merupakan staf saya. Tapi dia sudah dianggap seperti adik saya sendiri. Kami satu team pada masa tu baru sahaja selesai makan tengah hari”.
“Ketika nak naik kereta untuk balik sambung kerja, dia nampak ada biawak yang diikat pada bahagian bawah kereta. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau. Rupa-rupanya memang ada biawak. Nampak macam ada orang ikat pada bahagian kepala dan tubuhnya, seperti jerat. Ia diikat dengan ketat sekali”.
Kakitangan itu tanpa segan dan berlengah menghampiri haiwan itu dan membuka tali yang diikat pada badan haiwan tersebut.
“Mujurlah dia ada sifat berani. Kami yang tengok pun rasa kesian. Kami boleh je biarkan, biawak je pun. Tapi kami tak sampai hati. Jadi staf saya itu cuba buka tali, tapi tak berjaya. Mujur ada seorang lagi staf saya pergi beli gunting di kedai berhampiran”.
Menurutnya, dia bangga apabila ramai yang memuji sikap berani kakitangannya dan video mendapat tontonan 500,000.
“Saya sangat terharu, pada masa sama saya rasa bangga. Dia seorang yang sangat rajin dan berani. Malah, kucing saya yang sakit pun dia tolong jaga dan rawat”.