Hari ini, Saharul Ridzwan dan isterinya Deena Emir akan berangkat mengerjakan ibadah umrah. Saharul sebentar tadi sempat memohon ampun dan maaf menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Assalammualaikum. Saya dan Isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah utk menunaikan ibadah umrah. Di sini kami ingin memohon ampun & maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja/tidak sengaja), halalkan apa yg dimakan/diminum/diambil.
Doakan saya & isteri selamat sampai ke destinasi, selamat menunaikan ibadah umrah dgn sempurna & dilindungi Allah sepanjang di mana saja kami berada. Juga doakan kesihatan kami baik, dan dipanjangkan umur selama menunaikan ibadah.
Semoga kami berdua mendapat umrah yang mabrur. Aaminn. InShaaAllah saya cuba sampaikan salam anda kepada Nabi Muhammad S.A.W & ada rezeki didoakan untuk anda semua juga. Terima kasih.
Kami di BeautifulNara mendoakan agar Saharul Ridzwan dan Deena Emir yang kini sedang hamil anak pertama  mereka selamat pergi dan balik. Semoga ibadah mereka di Tanah Suci berjalan dengan lancar juga. Amin..