Berang Waktu Tidurnya Diganggu, Petugas Kesihatan (Fogging) “Diserang” Lelaki Ini

Trending

Berang Waktu Tidurnya Diganggu, Petugas Kesihatan (Fogging) “Diserang” Lelaki Ini

Seorang lelaki “naik angin” dan berasa berang apabila tidur diganggu. Lelaki tersebut mempertikaikan kehadiran dan tindakan beberapa petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan aktiviti foging pada waktu pagi.

Advertisement

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan, lelaki itu berang dengan tindakan petugas kesihatan KKM melakukan penyemburan asap membasmi denggi di awal pagi. Malah beliau turut merakam insiden itu menggunakan telefon bimbitnya.

“7.30 pagi datang sini spray/tembak nyamuk, time semua orang, budak-budak tengah tidur? Rumah mana yang terkena denggi itu? Siapa yang report ada penduduk yang kena denggi di sini? Ini semburan diesel kan? Diesel boleh menyebabkan apa kalau kita terhidu?” soal lelaki itu.

Bagaimanapun, salah seorang petugas kesihatan cuba memberikan penjelasan bahawa mereka menerima arahan dari pihak atasan untuk datang melakukan penyemburan membasmi nyamuk itu. Malah turut dijelaskan bahawa nyamuk aedes aktif pada waktu pagi.

Malangnya lelaki itu masih tidak berpuas hati dan meminta mereka menunjukkan surat yang memberikan kebenaran kepada mereka untuk berbuat demikian. Namun petugas terbabit meminta lelaki itu menghubungi pengarahnya untuk kepastian. Malangnya ditolak dan mempersoalkan mengapa dia yang perlu menghubungi ketua mereka?

Public Health Malaysia (PHM) dalam kenyataannya semalam, berkata, orang awam tidak sepatutnya mengancam petugas kesihatan di lapangan yang diberi arahan untuk melakukan penyemburan pembasmian denggi itu.

“Masyarakat wajar berterima kasih dan memberi kerjasama pada pihak kesihatan untuk membanteras wabak denggi, bukan mengancam anggota kesihatan di lapangan.

“Anak yang sedang lena tidur di rumah mungkin akan menjadi mangsa seterusnya jika aktiviti kawalan dan pencegahan tidak dilakukan dengan berkesan,” katanya.

Mengulas persoalan mengapa diesel digunakan dalam aktiviti penyemburan itu, PHM berkata, diesel digunakan kerana ia bersifat lebih ringan berbanding air. Oleh itu, bahan fogging akan berada lebih lama di udara dan berkesan.

“Selain diesel, air juga boleh digunakan. Namun ia lebih sesuai untuk aktiviti fogging di dalam rumah berbanding luar rumah.

“Penggunaan diesel dan bahan-bahan yang digunakan telah dipastikan selamat untuk masyarakat,” katanya.

Justeru, PHM berharap orang ramai memberikan kerjasama dan perlu memahami bahawa petugas kesihatan terbabit hanya menjalankan tugas sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...