Berang Teman Wanita Tak Masak, Seorang Lelaki Sanggup Cekik & Ugut Guna Pisau!

Trending

Berang Teman Wanita Tak Masak, Seorang Lelaki Sanggup Cekik & Ugut Guna Pisau!

Kes keganasan sehingga mendatangkan kecederaan ini sering kali menjadi paparan utama kebanyakan platform berita.

Tular di media sosial kini mengenai seorang pembantu kedai yang dipercayai mengugut, menampar dan mencekik teman wanitanya kerana tidak memasak.

Susulan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Advertisement

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu terhadap A Hendry Kesavan, 26, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut V. Shamne, 21.

Dia juga menggunakan sebilah pisau dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah rumah di Jalan Bukit Rawang Putra, Rawang, di sini, pada 8.30 malam, 15 Jun lalu.

Gambar Hiasan

Memetik laporan Harian Metro, lelaki itu didakwa mengugut Shamne dengan mengacukan sebilah pisau berukuran 24 inci kepada mangsa, dengan niat untuk mendatangkan ketakutan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, dia turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Semuanya bermula apabila tertuduh tidak berpuas hati kerana teman wanitanya tidak memasak.

Berang dengan kelakuannya itu, dia telah menampar di bahagian mulut dan mencekik leher wanita itu selain mengugutnya dengan sebilah pisau, dan tertuduh kemudian ditangkap selepas mangsa membuat laporan polis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal, mengambil kira faktor tertuduh pernah disabitkan atas kesalahan mendatangkan kecederaan parah pada 2018.

Pun begitu, peguam M. Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, turut merayu hukuman penjara singkat atas alasan pergaduhan itu berlaku kerana perselisihan faham.

Hentikan keganasan terhadap kaum wanita! Kita lindungi kita.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...