Berang Teh Ais Berharga RM3.50, Video Individu Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Trending

Berang Teh Ais Berharga RM3.50, Video Individu Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Kadangkala mungkin kita pernah terjumpa air yang mahal harganya. Mungkin kerana “hipster” atau mungkin bekas yang digunakan menggunakan bekas “premium”?. Namun mungkin mahal harganya kerana kos yang dah jadi makin tinggi sekarang.

Advertisement

Viral di laman sosial apabila seorang individu berang apabila minuman teh ais yang dipesan dikenakan harga RM3.50, seorang pengguna mempertikaikan harga minuman itu dalam videonya yang kini viral di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh laman Penang Kini itu telah mendapat 2,780 perkongsian dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Pengadu kemudian meminta tiga pekerja asing berkenaan memanggil pengurus mereka, namun permintaannya itu tidak diendahkan.

“Mana ada harga teh ais RM3.50. You bukan dok hotel. Kenapa harga RM3.50?

“Hampa tengok teh ais RM3.50 di Shell Sungai Dua, Plus Highway.

“Saya beli teh ais, dapat resit milo yang berharga RM3.50, GST lagi 20 sen. Okay, terima kasih, saya akan pastikan video ini sampai kepada KPDNKK,” katanya.

Justeru, netizen mendesak pengadu laporkan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...