Berang Tak Dibelikan Buah, Wanita Ini Tendang Kemaluan Teman Lelakinya Berkali-Kali

Trending

Berang Tak Dibelikan Buah, Wanita Ini Tendang Kemaluan Teman Lelakinya Berkali-Kali

Berang dan geram dengan teman lelakinya yang tidak mahu membelikannya buah, seorang wanita bertindak diluar batasan dengan nekad menendang kemaluan teman lelakinya berkali-kali sehingga lelaki berkenaan terjatuh.

Advertisement

Pertengkaran itu meletus selepas mereka yang dalam perjalanan pulang melalui sebuah gerai buah-buahan tempatan, dia dikatakan meminta teman lelakinya membelikan buah namun lelaki berkenaan membantah kerana buah berkenaan terlalu mahal.

Menurut pemilik kedai, pasangan itu bertengkar di hadapan kedainya dengan wanita itu menuduh kekasihnya itu terlalu kedekut.

Video berdurasi satu minit itu telah tersebar di laman sosial negara itu termasuklah portal QQ.com dan telah ditonton sebanyak 16 juta kali.

Lokasi kejadian tidak dapat dipastikan namun menurut seorang pengguna media sosial negara itu menyatakan kejadian dipercayai berlaku di bandar Nanchang.

Salah seorang netizen laman sosial berkata, “Saya bersyukur kerana masih single.”

Manakala seorang lagi menzahirkan turut sama merasa kesakitan dialami lelaki itu saat menonton video berkenaan.

Saya boleh merasakan kesakitannya dengan hanya menonton video ini,tulisnya.

Dan seorang lagi berkata, “Wanita itu hanya minta buah-buahan sahaja bukannya beg tangan mahal,luahnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.