Kecoh beberapa hari ini apabila isu melibatkan pelajar perempuan dipaksa untuk menjalani pemeriksaan sama ada mereka benar-benar didatangi haid ketika bulan Ramadan kerana tidak dapat berpuasa.
Perkara tersebut telah menjadi perbualan hangat di mana rata-rata netizen menganggap amalan tersebut sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan dan memalukan. Namun, ada juga yang menyokong ‘usaha’ guru yang ingin memastikan murid bercakap benar dan tidak menipu dengan membenarkan perkara tersebut dilakukan ke atas murid-murid perempuan di sekolah.
View this post on Instagram
Tertarik dengan isu tersebut, pelakon Sharifah Amani dan juga kakanynya, Sharifah Aleya tampil berkongsikan pengalaman ‘hitam’ apabila turut mengalami perkara yang sama ketika di bangku sekolah.
Menerusi laman Twitter, Sharifah Aleya mendedahkan bahawa perkara seperti itu menjadi sebab ibunya, seniwati Fatimah Abu Bakar tidak menghantarnya ke sekolah berasrama penuh.
Malah, adiknya, Sharifah Amani turut berkongsikan perkara yang sama malah pernah memberi amaran tegas kepada ustazah di sekolah ketika perkara tersebut berlaku.


“Dulu ustazah pernah nak periksa saya..kemudian saya teringat, mama cakap kalau ada sesiapa yang sentuh kita tanpa keizinan, kita boleh heret ke polis. Jadi saya jawab kat ustazah ‘silalah ustazah kalau berani hadap polis’. Dia cuak kemudian lepaskan saya. Nasib baik mama ajar kami..”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada netizen meminta pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai soal pemeriksaan secara paksa ke atas pelajar untuk membuktikan mereka ini kedatangan haid.
View this post on Instagram
Malah, individu tersebut turut mendedahkan bahawa terdapat sekolah yang melakukan pencerobohan privasi di mana telah meminta pelajar perempuan mencalit kemaluan mereka untuk menunjukkan darah haid kepada guru atau pengawas sekolah.
Perkara tersebut telah menimbulkan kekecohan dan ianya telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memandang serius dengan amalan sesetengah guru yang tidak bertamadun ini.
Anonymous
April 25, 2021 at 10:41 pm
Hak individu , boleh sue cikgu n sekolah and also KKM .
Mereri agama …kayangan aje di dayan pwrgi kenduri ke apa tah jadah ..
Mata mata
April 25, 2021 at 6:31 am
Zaman dulu pun ingat ustazah ada wat camni.. tp aku selalu lepas la sbb aku mmg budak baik.. selalunya seingat aku dak2 nakal cuti lama sgt dia soh tunjuk bukti . Aku percaya niat dia utk mendidik bukan niat yg lain
tecit
April 26, 2021 at 2:41 pm
stuju. tp penah dulu mase ustazah buat spotcheck hp. die rabenye pek aku gitu sepintas lalu. pastu aku cam terkaku seketika disitu. mujor la ustazah yg kte mmg tau die sekadar nak check. faham bukan die nak meraba sengaje bernafsu gitu takk. mmg nak memastikan je. smpai skg igt muke ustazah tu lembut je tp terpakse jadi garang sbb jadi warden gitula. xleh nk lembut sgt.