Berang Dituduh Hamil Anak Bekas Suami, Cardi B Baling ‘Marker’ Ke Arah Wartawan Biadap

Hiburan

Berang Dituduh Hamil Anak Bekas Suami, Cardi B Baling ‘Marker’ Ke Arah Wartawan Biadap

Berang dihujani soalan bersifat provokasi, penyanyi rap antarabangsa Cardi B mencuri tumpuan selepas dia bertindak melemparkan sebatang pen penanda (marker) ke arah seorang individu dipercayai pengamal media.

Tindakan itu dilakukan selepas penyanyi tersebut berang diajukan soalan dakwaan dia kini hamil anak keempat dengan bekas suaminya, Offset meski sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

Advertisement

“Sumber mendakwa Offset kini berbangga secara terbuka kononnya anda hamil anak keempat daripadanya. Adakah timbul sebarang persoalan mengenai paterniti melibatkan Stefon Diggs (teman lelaki sekarang anda) sekarang?,” soal individu terbabit.

Sebaik ditanya soalan tersebut, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar yang berang terus mencapai sebatang marker dan lempar ke arah individu itu.

Berhenti, jangan kurang ajar dengan saya. Ibu anda dah ajar, tolong hormati kaum wanita.

Cardi B

Tidak mendatangkan kecederaan terhadapnya, individu terbabit tetap masih lantang berbicara meskipun telah membuatkan Cardi B berang.

Katanya, dia masih tetap sayangkan penyanyi rap berkenaan meskipun barang bendasing telah dibaling oleh Cardi B ke arahnya.

Penyanyi tersebut kemudian menjawab tegas dan menyelar tindakan individu terbabit sebelum masuk ke dalam kereta mewah berwarna hitam.

Anda kurang ajar. Ada wanita yang tanya soalan begitu kepada saya? Mengapa anda sebagai orang lelaki fikir boleh tanya soalan begitu kepada saya? Bertindaklah dengan adab. Ibu anda dah ajar, tolong hormati wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cardi B News (@cardibnews)

Cardi sememangnya terkenal dengan sikap panas baran dan pernah berlaku beberapa insiden seperti membaling mikrofon ke arah seorang penonton di sebuah konsert di Las Vegas pada Julai 2023.

Madammu
2025-08-26 13:29:27

"Kau Ingat Aku Tak Cantik, Tak Laku??" - Pempengaruh Berang Dituduh Jadi Perampas Suami Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...