Berang Ditegur Tidak Pakai ‘Mask’, Warga Asing Tumbuk Lelaki Ini Hingga Lebam!

Trending

Berang Ditegur Tidak Pakai ‘Mask’, Warga Asing Tumbuk Lelaki Ini Hingga Lebam!

Sejak kebelakangan ini, isu pendatang asing sering kali mendapat perhatian dek permasalahan yang ditimbulkan. Tidak cukup dengan hak yang diminta-minta, perlakuan setengah dari mereka juga seperti menjemput kecaman.

Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki dilaporkan lebam pada bahagian mata akibat ditumbuk dua warga asing yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Dalam kejadian di kondominium Setapak sekitar jam 7.30 petang itu, anak mangsa berusia 15 tahun turut dipukul hingga pengsan ketika cuba membantu meleraikan pergaduhan bersama suspek dipercayai warga Somalia.

Advertisement

lelaki ditumbuk warga asing

 

Menceritakan kejadian, mangsa yang mahu dikenali sebagai Mr Lee, 34, berkata, insiden bermula di dalam lif kondominium ketika dia baru pulang membeli keperluan harian.

Menurutnya, dia menegur suspek yang berada di dalam lif sama kerana tidak memakai pelitup muka namun tindakannya itu telah menyebabkan berlaku perang mulut sebelum insiden tolak-menolak.

“Lelaki tersebut bersama seorang rakan kemudian mencari saya hingga ke rumah sebelum berlaku pergaduhan hampir setengah jam sebelum dileraikan orang awam”

Kesan daripada teguran itu, lelaki tersebut mengalami luka kecil dan lebam di bahagian mata telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Mr Lee mengakui mengeraskan suaranya ketika menegur suspek selepas bosan dengan sikap warga asing di kawasan perumahan itu yang tidak peka dengan pemakaian pelitup muka.

“Biasanya saya bawa ekstra pelitup muka untuk beri kepada mereka yang tidak memakainya. Cuma pada hari kejadian saya tak bawa pelitup muka lebih dan hanya membuat teguran tersebut”

 

Sementara itu Yee Kew berkata, kondominium tersebut diduduki oleh 40 peratus warga asing yang terdiri daripada pelajar dan pekerja dalam negara.

Lelaki Ditumbuk warga asing

Dia turut meluahkan rasa kesal dan  berharap pemilik unit yang menyewakan unit mereka kepada warga asing bersikap lebih bertanggungjawab dan memantau penyewa masing-masing.

“Isu warga asing di kawasan ini telah lama berlaku. Beberapa langkah telah diambil untuk atasi masalah sosial di sini namun belum menemui jalan penyelesaian yang berkesan”

Pada masa sama katanya, pihaknya meminta pihak kedutaan negara terlibat memandang serius isu tersebut dan memantau kelakuan rakyatnya yang berada di Malaysia.

Sebelum beredar, Mr Lee turut berharap pihak kedutaan memberi nasihat kepada rakyat mereka supaya tidak menimbulkan pergaduhan di negara kita.

Mereka perlu belajar, cuba serap budaya dan cara hidup kita.

“Saya juga seru rakyat Malaysia untuk bersikap terbuka dan bertoleransi dengan perbezaan budaya supaya boleh hidup bersama aman damai,” katanya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...