Berang Ditegur Ponteng Kelas, Tindakan Pelajar ‘Form 2’ Tumbuk Cikgu Raih Perhatian – “Generasi Sekarang Memang Rosak!”

Kehidupan

Berang Ditegur Ponteng Kelas, Tindakan Pelajar ‘Form 2’ Tumbuk Cikgu Raih Perhatian – “Generasi Sekarang Memang Rosak!”

Baru-baru ini, tular di platform Threads satu video memaparkan seorang pelajar tingkatan dua menumbuk seorang guru lelaki selepas ditegur ponteng kelas Pendidikan Jasmani.

Pelajar tingkatan dua pukul cikgu

Difahamkan daripada laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan pihaknya telah menerima laporan daripada guru berusia 29 tahun berhubung kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) itu.

Advertisement

Difahamkan, kejadian itu berlaku berpunca apabila pelajar itu sepatutnya berada di padang untuk kelas Pendidikan Jasmani tetapi dia tidak menghadirkan diri dan menyebabkan guru berkenaan menegurnya.

murid pukul cikgumurid pukul cikgu

Pelajar terbabit tidak berpuas hati dengan teguran tersebut lalu bertindak agresif dengan menumbuk dan mengugut mangsa.

Ditahan pihak polis dan direman dua hari

Susulan laporan yang telah dibuat, pelajar berusia 14 tahun itu telah pun ditahan oleh pihak polis dan direman selama dua hari untuk membantu siasatan.

murid pukul cikgu

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana telah mendatangkan kecederaan serta Seksyen 506 atas kesalaha ugutan jenayah.

2025-07-30 09:08:21

Pasangan Doktor Hospital Melaka Ditangkap Khalwat Di Rumah Sewa, Persoal Tindakan Penguat Kuasa Mahu Buat Pemeriksaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...