Berang Ditegur Orang Ramai Halang Laluan Hingga Ambulans Tersekat, Pemandu Teksi Ini Keluarkan Pisau

Trending

Berang Ditegur Orang Ramai Halang Laluan Hingga Ambulans Tersekat, Pemandu Teksi Ini Keluarkan Pisau

tekSeorang lelaki bernama Francis Ngu Hown Hua melalui laman Facebooknya telah memuatnaik sebuah video di mana beliau mendakwa seorang pemandu teksi telah memberhentikan teksinya di atas laluan.

Tindakan pemandu teksi berkenaan yang tidak mahu mengubah kenderaannya telah membuatkan laluan tersekat dan ambulans yang berada di sebelahnya tidak dapat keluar.

Advertisement

Kerana tindakan pemandu teksi tersebut yang dilihat tidak menghiraukan kejadian itu, orang ramai telah pergi untuk menegurnya supaya mengubah teksinya itu.

Namun dia dilihat marah dan telah masuk ke dalam teksinya dan mengeluarkan sesuatu dipercayai sebilah pisau sebagai tanda ugutan menyebakan orang ramai tidak berani menegurnya lagi.

Menurut Francis kejadian berkenaan berlaku di Sibu, Sarawak.

Dari pemerhatian admin, teksi berkenaan mungkin berada di atas laluan teksi, tetapi mungkin boleh bertolak ansur kerana keadaan sesak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...