Berang Ditegur Kerana Potong Barisan Di Plaza Tol, Lelaki Ini Tunjuk Isyarat Lucah

Trending

Berang Ditegur Kerana Potong Barisan Di Plaza Tol, Lelaki Ini Tunjuk Isyarat Lucah

Tindakan seorang lelaki Melayu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah kirinya dipercayai selepas memotong barisan di plaza tol menjadi viral di laman sosial Facebook, hari ini.

Advertisement

Insiden itu menjadi viral selepas pengguna Facebook, Neysa Anwar memuat naik 6 gambar menunjukkan lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi memotong barisan ketika beratur di plaza tol.

Lelaki ini sangat mementingkan diri dan tiada adab. Orang lain beratur panjang hampir setengah jam sampai sesak di belakang, dia boleh terus masuk, kemudian bila orang hon dan memintanya beratur dia tidak berpuas hati.

“Dia keluar ketuk cermin dan kemudiannya tunjuk jari tengah. Dia langsung tidak angkat tangan atau meminta maaf. Orang belakang beratur panjang dan hon juga,” kata Neysa dalam status Facebook.

Kejadian dipercayai berlaku di plaza tol sebelum masuk ke Sunway dan status yang dimuat naik sejak 4 jam lalu dikongsi seramai 6,900 pengguna Facebook dan menerima 2,500 komen.

“Jika ada sesiapa yang tahu dan bertemu dengannya di mana-mana, tolong ajarkan dia sedikit adab. Semua orang dalam keadaan terburu-buru, bukannya dia seorang,” tulis Neysa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...