Berang Diajak “Threesome”, Isteri Tikam Alat Sulit Teman Wanita Suami

Trending

Berang Diajak “Threesome”, Isteri Tikam Alat Sulit Teman Wanita Suami

Mak aih. Terkejut juga membaca berita ini. Memang ‘rare’ sangat-sangat.  Seorang isteri di Sibu telah menikam alat sulit teman wanita suaminya menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter selepas berang diajak melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ (threesome). Kejadian ini berlaku pada jam 9 malam selepas si isteri (46 tahun) pura-pura bersetuju dengan ajakan dari suaminya itu.  Sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka sempat minum minuman keras.
3some
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata:-

Dalam kejadian itu, suami suspek berusia 28 tahun bertindak membawa teman wanitanya berusia 34 tahun, ke kediaman isterinya, untuk berbincang berkenaan hubungan mereka.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama. Namun, suspek mengambil peluang menikam alat sulit mangsa ketika mereka berada dalam sebuah bilik dan suami suspek menyedari perbuatan itu selepas isterinya bergegas lari dari bilik itu.

Suami suspek berjaya mengejar isterinya dan menahannya sebelum suspek diserah kepada pihak polis.

Polis yakin motif kepada kejadian adalah dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya itu menjalin hubungan dengan mangsa.

Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sibu walaupun mengalami banyak pendarahan

Advertisement

Difahamkan, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak dengan suaminya bekerja dalam industri pembalakan di Kepulauan Solomon.

Suspek dan suaminya sudah tinggal bersama selama tujuh tahun, namun hanya berkahwin secara adat di rumah panjang dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata pisau. Sumber Harian Metro.

P.S: Patutlah tikam la si suami tue, tikam kekasih gelap dia buat apa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...