Berang Dengan Isteri, Lelaki Sengaja Gilis Kaki Anak Tiri Dengan ‘Ysuku’

Berita

Berang Dengan Isteri, Lelaki Sengaja Gilis Kaki Anak Tiri Dengan ‘Ysuku’

Seorang lelaki dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menggilis kaki anak lelaki tirinya berusia 10 tahun menggunakan motosikal.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ramlan Abdul Karim yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan.

Advertisement

Ramlan, 32, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas anak tiri berumur 10 tahun menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

ramlan

Menurut laporan Utusan, Ramlan yang ketika itu berada di atas motosikal telah bertengkar dengan isterinya membabitkan hal perceraian di hadapan rumah mereka.

Berang dengan salah faham yang berlaku, suspek secara tiba-tiba telah memecut laju motosikalnya sehingga menggilis mangsa yang berada berhampiran.

ramlan

Bagi kesalahan itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

3 years ago

Pasangan 'Antivax' Beli Sijil Vaksin Palsu Sebab Tak Mahu Terlepas Dapat Bonus Tahunan Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...