Kerana berang anak perempuannya terkencing di atas tilam, seorang ibu tergamak memukul dan menyimbah air panas kepada kanak-kanak itu.
Insiden penderaan terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun itu berlaku di Jawa Timur baru-baru ini dan menurut Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Komisioner Pol Christian Tobing, pihaknya telah menahan pelaku tersebut.
Mangsa dipercayai terkencing di atas tilam, lantaran itu pelaku menjadi marah. Oleh itu pelaku menyimbah air panas ke kepala dan muka serta belakang mangsa sebanyak dua kali. Oleh kerana kepanasan, mangsa semakin menjerit dan menangis.

Gambar hiasan
Pelaku yang bertambah baran gara-gara mangsa mula menangis kemudian menuang lagi air yang mendidik serta turut memukul belakang dan tangan anaknya menggunakan penyapu lantai keluli sehingga bengkok.
Akibat penderaan tersebut mangsa yang merupakan anak kandung pelaku mengalami kecederaan serius dan dirawat di hospital.
Kes kini sedang dalam siasatan dan pelaku berdepan hukuman mengikut Pasal 80 ayat (2) dan/atau ayat (4) Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.