Berakhirnya Zaman Kegemilangan ‘Seagate’ Di Malaysia Dan Punca Kemerosotan Yang Berlaku

Trending

Berakhirnya Zaman Kegemilangan ‘Seagate’ Di Malaysia Dan Punca Kemerosotan Yang Berlaku

Siapa sangka salah satu komponen terpenting dalam komputer iaitu  cip pemproses Intel dan cakera keras Seagate terpampang ayat “Made in Malaysia”.

Advertisement

Hari ini dua komponen yang biasa digunakan di dalam PC tidak akan lagi dibuat di Malaysia apabila Seagate mengumumkan untuk menghentikan operasi mereka di Pulau Pinang.

Sejarah Penubuhan Seagate

Seagate merupakan sebuah syarikat penyimpanan data Amerika yang berpusat di Cupertino,California.

Seagate Technology (dahulu dikenali Shugart Technology) telah diperbadankan pada 1 November 1978 dan memulakan operasi dengan pengasas bersama Al Shugart, Tom Mitchell, Doug Mahon, Finis Conner dan Syed Iftikar pada bulan Oktober 1979.

Syarikat itu muncul apabila Conner mendekati Shugart dengan idea memulakan sebuah syarikat baru untuk membangunkan HDD 5.25 inci yang mana Conner meramalkan akan menjadi ledakan ekonomi yang akan datang dalam pasaran HDD.

Nama itu ditukar kepada Teknologi Seagate untuk mengelakkan tuntutan mahkamah dari anak syarikat Xerox Shugart Associates (juga diasaskan oleh Shugart).

Seagate merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan Hard Disk Drive (HDD) 5.25 inci pada tahun 1980.

Mereka merupakan pembekal yang paling besar dalam pasaran microcomputer pada 1980-an. Hari ni Seagate sudah sebaris dengan jenama Western Digital yang mendominasi pasaran HDD.

Pada tahun 1988, Seagate mula menembusi pasaran Malaysia dengan memulakan operasi di Pulau Pinang.

Bermula pada tahun 1988 kilang yang beroperasi di Bayan Baru, Pulau Pinang ini telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada ramai anak muda di Pulau Pinang pada ketika itu.

Kemerosotan Seagate

Kini, semuanya hanya tinggal kenangan di mana berakhirnya empayar Seagate Pulau Pinang. Penutupan Seagate di Pulau Mutiara ini pastinya akan mendatangkan impak ke atas penduduk Pulau Pinang.

Terdahulu, syarikat pengeluar hard disk ini mengeluarkan kenyataan bagi mengurangkan jumlah keseluruhan tenaga kerjanya kepada 14 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Jangkaan awal menjangkakan sejumlah 8,000 orang pekerja akan terlibat dalam langkah pengurangan kos ini dan kilang-kilang Seagate di Malaysia turut terlibat dalam rancangan ini.

Seagate mengalami kemerosotan hasil jualan produknya apabila hasil laporan suku tahun kedua 2016 mencatatkan jumlah keseluruhan jualan sekitar 37 juta unit HDD.

Antara faktor yang mendorong kemerosotan jualan HDD adalah pengurangan jumlah jualan komputer peribadi di serata dunia sejak akhir-akhir ini.

Mereka juga memindahkan operasi di mana kilang baru akan dibuka di Korat Thailand.

Berapa ramai anak muda Pulau Pinang bermula kerja di kilang ni, kini hanya menjadi sejarah. Kepada semua bekas pekerja Seagate yg terlibat bertabahlah. Segalanya akan lenyap dan terus menjadi sejarah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 13, 2017 at 8:38 am

    Kilang terbaik di Malaysia
    Mementingkan kesejahteraan pekerja.

Loading...