Berakhirnya Penantian, Fizo Omar Dedah Wajah Isteri Baru

Hiburan

Berakhirnya Penantian, Fizo Omar Dedah Wajah Isteri Baru

Pelakon Fizo Omar akhirnya tampil berkongsi foto isteri tercinta, Fazeera Nazri Azrai,25, dalam satu hantaran Instagramnya, semalam.

Isteri baru fizo omar
3 years ago

Cantik Dan Ayu! Adakah Ini Isteri Baharu Fizo Omar?

Advertisement

Mengakhiri penantian peminat yang mungkin tertanya-tanya siapakah isteri baru Fizo, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu dilihat memuat naik tiga keping foto dia bersama Fazeera yang lengkap berpakaian serba putih sempena majlis pernikahan mereka.

Dia dalam pada masa yang sama turut meninggalkan kapsyen istimewa buat isteri tercinta yang difahamkan berasal daripada Sarawak itu.

“Kamek sayang kitak..” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan merpati dua sejoli ini.

Malah, peminat juga turut memuji kecantikan Fazeera yang merupakan seorang bekas pramugari itu.

Semalam, Fizo telah menuai spekulasi dalam kalangan netizen apabila dia memuat naik foto lengkap berbaju melayu berwarna putih dengan kapsyen ucapan selamat tinggal kepada kelab duda yang terdiri daripada rakan-rakan artis di Malaysia.

Turut mengesahkan spekulasi tersebut, pengurus Fizo iaitu Mimi memaklumkan bahawa aktor tersebut telah selamat bernikah dengan Fazeera dalam sebuah majlis ringkas di sebuah pusat peranginan, Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...