“Berakhirlah Perjalanan Seluruh Peserta GSF Gelombang Pertama” – Nadir Al-Nuri

Trending

“Berakhirlah Perjalanan Seluruh Peserta GSF Gelombang Pertama” – Nadir Al-Nuri

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Nadir Al-Nuri mengesahkan perjalanan gelombang pertama misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah berakhir selepas kapal terakhir yang berlayar, Marinette disahkan telah dipintas rejim Israel.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.07 pagi waktu tempatan di mana kapal tunggal dalam misi GSF berkenaan dihampiri bot yang dipenuhi dengan tentera Israel.

Advertisement

Marinette dipintas Israel

Siaran langsung akaun Sumud Nusantara memaparkan visual terakhir dari Marinette ketika kapal tersebut dipintas dan tentera Israel dilihat menaiki bot itu dengan senjata di tangan.

Marinette dipintas. Bermakna berakhirlah perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama kita pada kali ini. Alhamdulillah, mereka berjuang dengan Sumud sehingga ke saat akhir.

misi GSF

Tambah Nadir, kini para sukarelawan mengharapkan peguam dan orang ramai di seluruh dunia untuk menyebarkan kesedaran dan menekan Israel agar tahanan dibebaskan dan genosid ditamatkan.

Menerusi hantaran yang sama juga, Nadir memuat naik foto tangkap layar dipercayai dari kamera Marinette yang memaparkan nota,

Kami nampak sebuah kapal! Sebuah kapal perang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

kapal terakhir GSF Marinette dipintas
2025-10-03 16:02:24

TERKINI: Kapal Terakhir Gelombang Pertama GSF, Marinette Dipintas Tentera Isra*l

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...