Keunikan variasi burung di setiap pelusuk dunia sewajarnya dikagumi. Kalau korang tengok haiwan ini dari jauh, nampak putih bersih bulat je, eh apa tu?
Jom kita berkenalan dengan Shima enaga, subspesies burung tertentu yang hanya terdapat di pulau Jepun, Hokkaido. Ia juga disebut Tits Ekor Panjang kerana ekornya yang panjang!
Haiwan ini juga sering digelar bola kapas tau.
Ini kerana luarannya yang berbulu, berwarna kecil dan sebagian besar berwarna putih yang membuatnya kelihatan seperti bola kapas putih. Wow unik.
Panjangnya pula berukuran 13 cm – 15 cm dan separuh dari itu adalah ekor.
Menariknya, mereka akan bertelur 7-10 telur sekaligus untuk membantu mereka menjaga populasi.
Tambahan pula, Tits berekor panjang biasanya mempunyai kening hitam, tetapi di Hokkaido mereka kehilangan kening ketika berubah menjadi dewasa untuk menolong mereka berbaur pada musim sejuk yang panjang.
Wow, comel kan? Ni kalau dapat bela seekor mesti seronok.