Bersikap profesional serta tidak cepat melatah di laman sosial, selebriti sensasi Bella Astillah dilihat tenang membalas cacian netizen mengenai bentuk badannya yang gempal susulan sedang sarat hamil kini.
Mesej berbaur hinaan daripada salah seorang warganet tersebut turut dikongsi kepada umum oleh Bella di ruangan Insta Story miliknya.
“Gemok macam babi, sial! Hahahaha”
Bagaimanapun, Bella hanya bertindak menjawab “Alhamdulillah” sahaja apabila individu tidak bertanggungjawab tersebut menyamakan bentuk badannya yang bakal bersalin pada bila-bila masa itu dengan babi.
Terdahulu, menyambut ulang tahun kelahiran ketiga anak sulungnya, Ayden Adrean di Instagram baru-baru ini Bella sempat berkongsi fotonya.
Namun membelek foto-foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah Bella tampak sedikit keletihan namun demi memastikan putera sulungnya gembira, Bella dikatakan terpaksa melupakan segalanya biarpun telah memasuki trimester ketiga.
Sebelum ini, adiknya Didi Astillah turut menyatakan telah ada tanda-tanda awal Bella akan bersalin, seperti bukaan 2cm pada rahim.
Berdasarkan jangkaan doktor, Bella dikhabarkan bakal melahirkan cahaya mata perempuan Jumaat ini. Namun, terpaksa memasuki dewan bersalin sendirian tanpa ditemani suami tersayang Aliff Aziz, berikutan pintu sempadan masih belum dibuka.