April 6th, 2016

Didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac tahun lepas, akhirnya pelakon serta anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty itu dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan oleh Mahkamah  Majistret Muar semalam.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes’prima facie’ terhadap tertuduh.

Walaubagaimanapun, rakan Benjy iaitu Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, yang juga orang kena tuduh pertama diperintah membela diri atas pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesnya.

Tanggal 23 Mac 2015 , Benjy dan Raja Shariff  didakwa memiliki dadah berkenaan pada jam 1.40 pagi  ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Muhammad Hidayat turut menetapkan 3 dan 5 Mei ini sebagai tarikh Raja Shariff Hidayatullah untuk membela diri.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...