“Benjolan Lagi Besar Dari Yang Pertama..” – Adik Fatimah ‘The Family UK’ Diuji Lagi, Keluarga Gagal Tahan Sebak

Kehidupan

“Benjolan Lagi Besar Dari Yang Pertama..” – Adik Fatimah ‘The Family UK’ Diuji Lagi, Keluarga Gagal Tahan Sebak

Ibu kepada personaliti cilik, Fatimah Omar Mukhlis, iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail, berkongsi perkembangan terkini anaknya.

Dalam satu hantaran di akaun TikTok, Ashila dengan rasa berat hati memaklumkan bahawa terdapat benjolan baharu pada Fatimah.

Advertisement

Malam tadi, saya sedang mengaji Al-Quran bersama-sama ayah & @theomarmukhtar ketika Fatimah datang kepada saya dengan wajah yang cemas.

Muka Fatimah pucat dan dia hampir menangis apabila dia perlahan-lahan menunjukkan sesuatu kepada saya, satu lagi ketulan baru. Dan ketulan kedua ini jauh lebih besar dari yang pertama.

Ashila kemudian menulis dia berusaha untuk tidak kelihatan sedih supaya dapat menenangkan anak perempuannya itu.

Namun begitu, Ashila mengakui dia dan suami gagal menahan sebak di dada dan mengalirkan air mata setelah mengetahui perkara tersebut.

Kami menangis dan menangis dan menangis. Sudah lama sejak kali terakhir kami berdua menangis. Kami hanya perlu melepaskan rasa berat di hati kami.

Ashila juga memohon doa orang ramai agar kesihatan Fatimah kembali pulih dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.

Advertisement

Sebelum ini, adik Fatimah pernah dimasukkan ke hospital dan menjalani prosedur pembedahan biopsi.

Sekadar info, nama Fatimah mula dikenali setelah dia tidak pernah melupakan bahasa Melayu meskipun membesar di luar negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gerai lokching diserbu kkm
3 hari lalu

KKM Pantas Bertindak, Serbu Gerai 'Lokching' Bawah Plastik Kanvas Tak Sampai 24 Jam Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.