Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa terkejut apabila anak perempuannya yang juga pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona tiba-tiba pulang ke Malaysia.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar menjelaskan anaknya pulang ke Malaysia kerana rindukan suasana bazar Ramdan selain ingin menyambut ibadah puasa bersama keluarga.
Hm! Leona susah betul nak lekat dekat UK, balik dah. Nak puasa dengan kitorang, tak tahan. Aduh, kecoh betul la makcik ni.
Bukan itu sahaja, Leona turut menyatakan hasratnya untuk pergi ke bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dengan menaiki motosikal.
Saya nak naik motor dan pergi bazar Ramadan. Tapi, kena naik motor, saya tak mahu naik kereta.
Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu sempat berseloroh dengan berkata dia akan turut membawa anak sulungnya, Kasih Leia Ixora untuk duduk ditengah motorsikal.
Naik motor bertiga lah. Kasih dekat tengah, jadi sandwich.
@theazharsulaiman Mek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…
Meninjau di ruangan komen, pengguna TikTok turut terhibur melihat kerenah pempengaruh berusia 21 tahun itu yang dilayan baik oleh bapanya.
Bukan itu sahaja, netizen turut terkejut apabila Leona seakan-akan tidak terkesan dengan perjalanan jauh dari United Kingdom ke Malaysia.
Into tambahan, Leona telah menyambung pengajiannya di sebuah universiti di United Kingdom.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: “Siapa Lagi Hot? I Ke Ira Kazar??” – Buat Trend TikTok, Kapsyen Fathia Latif Jadi Perhatian